Bahan-Bahan:
1 mangkuk cinta
2 cawan rindu
5 cawan sayang
3/4 cawan kasih
1 cawan kesabaran
1/2 cawan kepercayaan
1 cawan amarah
2 sudu teh manja
1/2 sudu teh dendam
Secubit cemburu
Sedikit ego
Sedikit airmata
Hiasan :
Sepiring senyuman
Cara-cara :
1. Masukkan rindu, sayang dan kasih ke dalam mangkuk ( pupuk sehingga kembang mewangi)
2. Apabila bahan-bahan tadi sudah mesra, masukkan cinta sedikit demi sedikt kedalam mangkuk. Kacau agar semua bahan sebati.
3. Bancuhkan kesabaran dan kepercayan dengan sedikit airmata, kemudian masukkan kedalam mangkuk. Gaul rata sehingga kesabaran dan kepercayaan larut.
4. Ayak amarah,cemburu,dendam dan ego… asingkan bahan-bahan ini kerana boleh meyebabkan keracunan dalam perhubungan.
5. Akhir sekali, tambahkan 2 sudu teh manja kedalam mangkuk dan gaul.
6. Masukan adunan kedalam acuan berbentuk hati. Bakar pada suhu 180©-200©.
**Untuk hiasan taburkan senyuman ..

No comments:
Post a Comment